Ada Apa Denganku

My photo
Erm...Aq seorang anak jati Sarawak,umo 18 n anak sulung dr 2 beradik..Aq masih normal...betul..masih normal...x caye tanye orang sebelah korang tu...hahaha...Suka buat orang ketawa...kdang2 x mjadi..ish..ish..ish..lawak2 aq kdg2 mmg kasar tp jauh dilubuk hati hanya ingin wat org gembira...obses dgn cerita yg berkaitan paranormal... pantang tengok keindahan alam...comfirm akanku capture gambarnya.... pandai2 buat resepi masak sendiri... MAIN GAME PC n PSP.... mempunyai semangat patrotik yg meluat2 kdang2...(ramai yg x tau yg ni...)dan bila tension blok lukisan menjadi temanku n sebuah novel tentunya...1 perangai negatif aq adalah ego..so jgn sekali2 gado dgn aq sbb mmg susah berbaik lg lpas tu..tu pn kalo hati aq keras laa...hahaha...sama seperti manusia lain pernah melalui kesusahan,kesedihan,kemarahan,ketakutan,kegembiraan,cinta,kesilapan yg dilakukan diri sendiri...

Thursday, October 13, 2011

Perbezaan Ikan Keli Halal dan Haram



Saje nak kongsi info yang aku dapat...

Pada tahun 1986 sewaktu Tok Wan sedang gila memelihara ikan air tawar ada ler satu kolam tu Tok piara ikan keli. Oleh kerana ikan keli menggunakan bahagian dasar kolam maka kolam tersebut Tok kongsikan dengan ikan Rohu serta Tilaphia sebab Tilaphia duduk dibahagian atas sementara Rohu bahagian tengah.

Seorang rakan memberitahu pada Tok bahawa ikan keli ada 2 jenis bagi menandakan yang halal dan yang haram. Pada mulanya Tok sendiri tak percaya. Mana boleh ada keli halal atau haram (masa tu belum ada Logo Halal JAKIM lagi). Namun selepas Tok sendiri selidik ikan keli yang dipelihara oleh rakan berbangsa Tionghua dikolam dekat Batu Kong (sekarang flat ATM Desa Tun Razak) nyata cerita itu benar.

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal

Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak


Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup

Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar.



kredit: http://www.NurulAmir.com/

Friday, October 7, 2011

Jom Download Game Burung Marah!!


Hahaha....game Angry birds yang popular di Iphone dah masuk kepada versi PC pulak.Selalu dulu orang nak lastik burung pkai batu tapi lain pulak game ni korang kene lastik pakai burung.Aku baru dapat game ni semalam,aku rasa baek aku share kat korang.Aku dah upload kat semua host file kat web,sebab aku tau sesetengah kat tempat korang xbole buka mediafire atau host download yang lain..so aku sediakan link mirror untuk korang.Game yang aku letak nih memang game full version sebab code product game tu aku dah sertakan dalam file tu.Harap korang seronok main dikala bosan dan mungkin addict main game ni nanti..hehe...FREE xde bayar2!!

Kalau nak download klik kat bawah nih..

Mediafire










Cara nak install ade dalam folder tu.

Video nih ade cara aku install tapi activation tu aq x buat sebab aku dah letak code sebelum nih.


Kalo ade ape2 problem bole bagitau aku ok....kalo dah dapat main game tu pun bagitau aku jgak.http://eemoticons.net

Wednesday, September 28, 2011

Apa Itu Parkour?Yamakasi?


Haaaa.....ape korang ingat bila tengok pic tu?esspecially yang belum tau pasal Parkour nih...hehehe..

Parkour ni adalah suatu aktiviti acrobatics iaitu dengan melakukan perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan kepantansan dan kecekapan yang menggunakan kemampuan tubuh badan untuk melompat,memanjat,berguling,dan pelbagai lagi pergerakan menarik untuk melintasi halangan yang dihadapi semasa melakukan parkour.Tak paham jugak ye?Senang citer parkour ni adalah aktiviti panjat atas bumbung ke bumbung rumah yang lain,lebih kurang macam tu la.Sekarang dah paham kan?hahaha..Parkour ni bole dilakukan dimana-mana sahaja,setiap tempat mempunyai halangan dan bole melakukan gaya pergerakan yang berbeza.


David Belle merupakan orang yang mula-mula menemui seni fizikal ini,parkour mula-mulanya adalah latihan untuk bergerak dengan pantas untuk membina badan dan minda seseorang untuk menghadapi halangan semasa kecemasan.Mungkin bomba ade sedikit belajar sikit pasal nih kot...tapi ada jugak keburukan jika ada orang yang menyalahgunakan kemahiran aktiviti ini untuk pecah masuk rumah melalui tempat yang tinggi.Tetapi kemahiran yang tinggi memang diperlukan untuk melakukan semua itu.Tetapi Parkour ini juga boleh dijadikan sebagai hiburan atau hobi sama seperti breakdance,taktonik dan shuffle.

Kat mane nak wat parkour??hahahaha...aktiviti parkour bole dibuat diatas bangunan,pokok,dinding,bangunan dan banyak tempat tinggi atau rendah pun boleh.Nak tengok macam mane rupe aktiviti Parkour nih?Meh tgok ckit...




Cukup2 kalo nak tengok lebih korang research la sendiri kat youtube...hahaha...
haaa...ingat kat sane jer ke ade parkour?kat Malaysia pun dah ade sebenarnya cuma bilangan mereka sangat limited x sama seperti shuffler2 or grup dance yang berlambak bole jumpa.Kat Malaysia pun ade grup sendiri jugak penggiat2 Parkour nih.Tak payah la aq terangkan lebih aq rasa korang bole la cari diorang kat dunia maya nih.

Korang nak belajar x?Ini dia beberapa basic dalam parkour.AKU INGATKAN KORANG UNTUK MELAKUKAN PARKOUR KENE ADE KEYAKINAN DAN DISIPLIN!!



hahahaa....memandangkan aq tetibe rajin so aq senaraikan la beberapa teknik dalam parkour nih..
"TEKNIK2 Parkour"

Mendarat - Ni salah satu teknik yang paling penting dalam seni fizikal nih.Selalu mendarat dengan bola kaki dan jari kaki serta bengkokkan lutut.


Berguling - Gulingan ke hadapan dimana tangan, lengan dan garisan pepenjuru di belakang badan menyentuh tanah, seringkali dipanggil breakfall. Digunakan untuk memindahkan momentum atau tenaga dari lompatan dan untuk meminimumkan impak; mengelakkan kecederaan serta pendaratan yang menyakitkan. Ia identik dengan asas kaiten atau ukemi dan gerakan ini diambil daripada seni bela diri seperti judo, ninjutsu, jujutsu, hapkido dan aikido.


Lepasi Dinding - Digunakan untuk melepasi suatu struktur yang tinggi dengan menukarkan momentem ke hadapan kepada momentem ke atas.Selepas tu tangan digunakan untuk memanjat ke atas dinding tersebut.


Imbangan - berjalan di atas laluan atau permukaan yang kecil iaitu untuk keseimbangan.


Imbangan Kucing - gerakan kaki empat disepanjang laluan atau permukaan yang kecil.


Lompatan Teliti : Lompatan static atau bergerak dari satu objek ke satu objek yang lain.


Lompatan Dinding : Melangkah ke dinding untuk mencapai tempat yang tinggi,kearah tempat yang lain atau mencapai ketinggian untuk mencapai sesuatu

Itu jer lompatan parkour yang aq tau...ade lagi yang lain mungkin aq xsenaraikan semua sekali.

Aq bagi ckit aksi2 Parkour kat korang...layannnn.....




Sekian,Ardios Armigos Aku berambus...tataa...

Tuesday, August 23, 2011

Ramadhan Yang Hiba

23 Ogos 2011,
Aku xtau kenapa aku nak tulis kat sini mungkin untuk mluahkan rasa sedih ini..
Ya Allah..jam 3 lbih pagi aq dikejutkn oleh ayahku.Aku sangkakan untuk bersahur,namun kata-kata yang keluar dari mulutnya betul membuatkan aku tergamam..seolah-olah waktu berhenti jer masa tu..aq terus bangun dari tilam tmpt aq tidur di ruang tamu dan terus duduk dikerusi.Tanyaku lagi kepada ayah "paknek meninggal...ikut bapak blik igan!"dalam keadaan mamai aku 50/50 nk percaya,tapi bila mak aku plak yang kata baru aku sedar!Ya Allah!!!kenapa bole macam tu????Aku duduk jer kat kerusi ruang tamu tu seolah-olah aku dah melekat kat kerusi tu...sedih campur kejut perasaan aku masa tu.Lebih kurang 30minit aku atas kerusi tu sedang sibuk ayah dan ibu bersiap untuk pergi tapi aku masih duduk disitu...sehinggalah aku menoleh ke arah jam untuk pergi bersahur...Dalam masa aku bersahur,adik aku plak wat hal xnak pergi sebab ade ujian hari nih.Tapi ayah aku suruh untuk turut serta pergi balik ke kampung,aku pun naik marah jugak masa sahur tu dengan adik aku(aku memang cepat marah kalo ade org yg wat bnde xbetol)...tapi last2 nasib baik dia nak ikut jugak.Ujian tu bila2 bole ambik lagipun bukanlah ujian awam pun.Selesai semua,sesudah subuh kami keluar rumah.Gelap gelita jer jalan2 ketika itu sesekali ade jgak lori2 yang lalu lalang.Setiba di simpang Selangau selepas 1jam lebih dari sibu,kami berhenti disitu untuk menunggu pakcik dan makcik dari bintulu dalam kurang sejam lebih kami menunggu...akhirnya sampai jugak diorg,kami pun terus meneruskan perjalanan ke Igan kampung ayah.
Bila sudah hampir dekat nak sampai ke kampung aku rasa gementar pulak,slow kami ke halaman rumah datuk namun terlalu ramai orang dan kami terpaksa parking dirumah sepupu ayah.Akhirnya tiba jugak didepan rumah datuk,betul punya lain suasana dan ayah aku terus ke bilik dimana arwah datuk dimandikan.Aku duduk lah tak jauh dari bilik tu,setelah selesai dimandi dan dikafankan,semua ahli keluarga dipanggil untuk masuk ke bilik itu kami terpaksa berbaris sebab keluarga belah ayah nih memang ramai campur tolak darab bahagi belum masuk yang ade kat semenanjung dan yang belum sampai.Dimasa masuk ke bilik itulah aku nampak sekujur tubuh yang dikafan.Kata aku dalam hati "itulah paknek..."cepat pakcik aku suruh untuk salam terakhir..aku pun kucuk bahagian tangan yang dah dikafankan tu.Terasa sebak serta merta aku bila mngucup tangan arwah datuk sehingga terimbau kembali kenangan lalu ketika aku masih kecil sempat aku meluangkan masa dikampung ini,sebelum masalah keluarga menimpa kami dalam keluarga besar itu.Teringat kembali ketika aku masih berumur dalam 8tahun selalu membonceng basikal datuk ketika balik dari kebun jagungnya.Meskipun aku budak bandar tapi aku cepat membiasakan diri dengan kampung ketika itu,ikut datuk pergi kebun merupakan kenangan yang best masa itu la banyak masa yang aku luangkan bersama datuk....panjang rumah rehat yang tingginya dalam 10kaki atau 11kaki memang aku xgayat lansung bila panjat,tapi bila tengok dari atas kebawah rasa nak pitam pun ada...itulah kenangan aku dengan arwah datuk.Terasa aku taknak melepaskn kucupan ditangan arwah..tapi apakan daya ramai lagi saudara2ku yang hendak bersalam untuk terakhir kalinya...terasa mataku berair masa tu tapi x menitis dan keluar dari bilik itu.Terus duduk di tepi keranda ketika itu.Bila selesai semua hal dan mayat diangkat ke ruang tamu untuk disolatkan.Kami terpaksa tunggu sehingga makcik(adik ayah)sampai dari Miri untuk mengebumikan arwah.Selepas Zuhur kami pun diberi kesempatan untuk memberi kucupan terakhir untuk arwah sekali gus aku pun mengambil tempat...bila kukucup untuk kali kedua dan terakhir kalinya...Ya Allah lebur sudah airmata aku ketika itu sehingga hingus pun keluar sekali.Aku jauhkan diri dari situ dan duduk ditiang rumah tak jauh dari situ dan melarikan muka.Paling aku sedih pulak,nenek aku tak sedar lansung yang suami dia meninggal,sehingga aku ini cucu dia pun dia xkenal...nenek aku ada penyakit nyanyuk lebih kurang hilang ingatan jugak lah...anak2 dia pun dia xkenal.Pakcik aku pun cuba menerangkan kepada nenek aku namun nenek xmempercayainya,dikatanya pulak pakcik penipu dan ayah pun cuba memberitahu namun nenek tetap jugak xsedar...kesian melihat nenek yang xtau apa2..senyumannya kepada tetamu dan aku walaupun dia tak mengenali aku lagi..nenek aku nih dia kadang2 sedar tapi kadang2 lansung xkenal semua keluarga dan teruk lagi orang yang dah mati pun dia masih tercari2.Itu yang kami risau bagaimana dengan nenek,kalau dia cari datuk nanti?Orang lain pun cuba menerangkan kepada nenek yang meninggal itu HJ.Mahros suami dia namun dia tetap berkeras.Akhirnya nenek dibawa dekat kepada arwah yang terkujur menunggu masa untuk dibawa keluar dari rumah.Bila seorang di tepi jenazah arwah memberi tahu kepada nenek yang meninggal itu suami dia,baru dia sedar dan terus mengucup arwah untuk kali terakhir serta meminta ampun maaf kepada arwah..kami seluruh keluarga dan tetamu mengucap kesyukuran disitu menyaksikan keadaan itu..terus nenekku membaca yassin dan yang menariknya nenek ku hafal semua patah2 perkataan dalam ayat yassin tanpa melihat buku yassin...setiap ayat yang dia sebutkan itu seolah-olah menambah air mata aku.Akhirnya makcik aku pun datang..selesai semua itu..arwah mula diangkat dan diletakkan di hadapan pintu rumah...semua membaca al-fatihah ketika itu sebak aku x terkira namun aku cuba mengawal tapi gugur jugak air mata aku sekali lagi al-fatihah tersekat-sekat aku baca...aku pun minta tisu dengan adik aku.Selepas itu jenazah pun diangkat aku mengekori dari jauh biarlah anak-anak datuk yang lelaki bersama jenazah.Sesampai disana hujan pun turun..Alhamdulillah jenazah selamat dikebumikan..Ya Allah...tempatkanlah rohnya bersama orang-orang yang beriman...


Lepas pulang dari tanah perkuburan tu,mak dan adik pun balik ikut sepupu belah mak dari sibu sebab masih ada urusan kerja...sepatutnya aku tinggal bersama ayah dikampung untuk balik sama-sama jumaat nanti ke sibu..namun aku tak kuat untuk tinggal disitu dan aku ambik keputusan balik ke sibu bersama mak dan adik..mungkin kalo terus disitu teruk lagi emosi aku."Maaf pak..Adam tak dapat teman bapak..."harap ayah selamat balik ke Sibu..Mungkin inilah jawapannya KENAPA MOOD RAYA AKU TAKDE TAHUN NIH...Astagfirullah...Assalamualaikum...

Monday, August 8, 2011

Sejadah Panjang

Ada sajadah panjang terbentang
dari kaki buaian
sampai ke tepi kuburan hamba
kuburan hamba bila mati
ada sajadah panjang terbentang
hamba tunduk dan sujud
di atas sajadah yang panjang ini
diselingi sekedar interupsi

Reff :
mencari rezeki mencari ilmu
mengukur jalanan seharian
begitu terdengar suara adzan
kembali tersungkur hamba
ada sajadah panjang terbentang
hamba tunduk dan rukuk
hamba sujud tak lepas kening hamba
mengingat Dikau sepenuhnya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

no copy