Mohd Sharbinee Allawee Ramli, Mohd Asraruddin Putra Omar, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak, Helmi Remeli (Abdul Hadi Yahaya), Safiq Rahim (Mohd Shakir Shaari), Baddrol Bakhtiar, Amar Rohidan, S. Kunanlan, Mohd Amirulhadi Zainal and Mohd Safee Mohd Sali (Ahmad Fakri Saarani).
Pada minit pertama Malaysia telah mendapat tendangan percuma kerana asakan permain Taiwan terhadap Kunalan namun tendangan percuma itu tidak mendatangkan tekanan kepada Taiwan.Ketika minit-minit awal Skuad Malaysia tidak bergitu menguasai perlawanan kerana Taiwan banyak membuat serangan berbanding bertahan.Pelbagai percubaan tendangan gol dilakukan oleh Taiwan untuk membolosi pintu gol Malaysia.Barisan pertahanan Malaysia banyak kali diuji pada awal perlawanan dan Malaysia agak kurang melakukan serangan dan cubaan serangan sering tersasar.Sehinggalah Coach Dato Rajagopal membuat pertukaran permain pada minit yang dirasakan terlalu awal untuk melakukan pertukaran.Abdul Hadi dibawa masuk mana kala Helmi dibawa keluar sementara posisinya diganti oleh Amirulhadi yang pada mulanya berada dibaris hadapan.Tanpa diduga strategi yang dilakukan King(Dato Rajagopal) telah membuat perubahan besar permainan Malaysia ketika minit ke-27:50 Jaringan luar kotak penalti dijaringkan oleh Kapten Pasukan Malaysia iaitu Safiq Rahim telah menewaskan penjaga gol Taiwan dan Malaysia 1 Taiwan 0.Selepas itu Malaysia banyak mengatur serangan dan Taiwan tertekan.

Safee Sali tidak bergitu menyerlah kerana tidak selalu menerima hantaran bola dari rakan dan pergerakannya terbatas kerana kecederaan Hamstring Tendon lutut yang dihadapinya ketika latihan akhir sebelum perlawanan malam tadi.Agak terkilan tidak dapat melihat gol dari penyerang yang mendapat anugerah Penjaring Gol Terbanyak AFF SUZUKI CUP 2010 itu.Walaupun Safee Sali kurang menyentuh bola,Skuad Malaysia terus memberi pressure kepada Taiwan sehingga habis separuh masa pertama.
Kick off separuh masa kedua dimulakan,apabila kita melihat pertukaran permain Malaysia Safee Sali yang digantikan dengan Fakri Saarani.Awal minit separuh masa kedua Malaysia terus menyerang Taiwan namun tiada gol yang diperolehi.Malaysia terus mengasak,tendangan sudut diperolehi oleh Malaysia namun disia-siakan oleh Fakri.Sekali lagi Malaysia mendapat tendangan sudut pada minit ke-53:50 tendangan sudut diambil oleh Safiq Rahim kemudian bola disepak dan terus meluru ke arah kotak penalti dan GOOOOOLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL!!!!Aidil yang datang tiba-tiba dari belakang terus menanduk masuk bola ke dalam pintu gol Taiwan.Malaysia mendahului dengan 2-0.
Highlight GOl Malaysia vs Taiwan.
Tendangan dari luar kotak penalti oleh Kapten Pasukan Malaysia Safiq Rahim.
Gol cantik dari Aidil Zafuan.
Gol tunggal Taiwan dijaringkan oleh Cheng Po Lian.
Perlawanan Leg kedua akan diadakan di TAIPEI MUNICIPAL STADIUM, TAIPEI.
JAM 6.45petang waktu Malaysia.
3/7/2011
PRA KELAYAKAN PIALA DUNIA - SECOND LEG
TAIWAN VS MALAYSIA.
Doakan kejayaan Skuad Harimau Malaya kita...
salam..hi khalid..nice n creative blog!!!x sangka ye lelaki pon ade yg kreatif..hahaha..apepon,please follow on my blog..we can be a friend..
ReplyDelete