Ada Apa Denganku

My photo
Erm...Aq seorang anak jati Sarawak,umo 18 n anak sulung dr 2 beradik..Aq masih normal...betul..masih normal...x caye tanye orang sebelah korang tu...hahaha...Suka buat orang ketawa...kdang2 x mjadi..ish..ish..ish..lawak2 aq kdg2 mmg kasar tp jauh dilubuk hati hanya ingin wat org gembira...obses dgn cerita yg berkaitan paranormal... pantang tengok keindahan alam...comfirm akanku capture gambarnya.... pandai2 buat resepi masak sendiri... MAIN GAME PC n PSP.... mempunyai semangat patrotik yg meluat2 kdang2...(ramai yg x tau yg ni...)dan bila tension blok lukisan menjadi temanku n sebuah novel tentunya...1 perangai negatif aq adalah ego..so jgn sekali2 gado dgn aq sbb mmg susah berbaik lg lpas tu..tu pn kalo hati aq keras laa...hahaha...sama seperti manusia lain pernah melalui kesusahan,kesedihan,kemarahan,ketakutan,kegembiraan,cinta,kesilapan yg dilakukan diri sendiri...

Sunday, July 3, 2011

Rekod Tanpa Kalah Malaysia Di Kandang Taiwan


Sebelum aq start menceritakan match semalam,tengok dulu result dan maklumat perlawanan.

PRA KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014 - SECOND LEG
TAIWAN 3gol(Han CHANG,CHEN PO LIANG,Xavier CHEN) vs MALAYSIA 2gol (SAFIQ RAHIM,AIDIL ZAFUAN)
TEMPAT PERLAWANAN :TAIPEI MUNICIPAL STADIUM, TAIPEI.
AGREGAT : TAIWAN 4
MALAYSIA 4(MALAYSIA LAYAK KE PUSINGAN KEDUA KERANA KELEBIHAN AWAY GOAL)
Referee : Minh Tri VO (VIETNAM)
A.Referee 1 : Ngoc Ha NGUYEN (VIETNAM)
A.Referee 2 : Hoang Minh NGUYEN (VIETNAM)
Official Fourth : Dinh Dung PHUNG (VIETNAM)

LINE UP :
CHINESE TAIPEI
1.LIN Po Cheng (GK)
3.Chang YUNG HSIEN
4.Lin CHENG YI
5.Tsai HSIEN TANG
6.Yu Lin CHEN
7.Chang Han
8.Xavier CHEN
9.Chih An LO
10.Chih En LO
11.Chan CHE YUAN
17.Chen Po Liang

Malaysia
1.Sharbinee Alawee
2.Mahali Jasuli
3.Mohd Asraruddin
6.Fadhli Shas
7.Aidil Zafuan
8.Safiq Rahim
9.Norshahrul Idlan
12.Amar Rohidan
14.Abdul Hadi Yahya
16.Kunalan
21.Amirulhadi Zainal

Coach :
Lo CHIH-TSUNG(Chinese Taipei)
Krishnasamy RAJAGOPAL(Malaysia)

Itu sedikit sebanyak maklumat perlawanan yang aq dpt,ramai mempersoalkan pengadil perlawanan semalam.Tidak dinafikan sememangnya ada kekurangan kualiti pengadilan perlawanan.Ok...lupakan sebentar perkara tu,semalam kita telah menyaksikan perlawanan Pra Kelayakan Piala Dunia 2014.K.Rajagopal telah membuat 3 pertukaran permain dalam first eleven semalam,begitu juga Taiwan dengan menurunkan permain naturalisasi mereka Xavier Chan yang berpangkalan di liga Belgium.

Kick Off separuh masa pertama dimulakan,Taiwan terus membuat serangan untuk membolosi pertahanan Malaysia.Ternyata corak permainan Taiwan bergitu berbeza berbanding corak perlawanan mereka di Bukit Jalil lalu.Pada minit-minit awal Taiwan terus mengasak tapi masih dapat diatasi oleh pertahanan Malaysia.Xavier Chan kelihatan banyak memberi impak kepada barisan tengah permain Taiwan sehinggakan mereka membuat percubaan menyerang di minit-minit awal perlawanan.Hantaran menyilang Xavier Chan kepada rakannya Lo Chin En untuk membolosi pertahanan Malaysia sungguh memberi tekanan kepada Malaysia malah sedikit lagi hendak menjaringkan gol untuk Taiwan namun selamat dikeluarkan dari kotak penalti.Taiwan mendapat hantaran masuk dan terus menyerang pertahanan Malaysia sehingga menyukarkan permain pertahanan Malaysia membuat clearence,tidak lama selepas itu Taiwan mendapat free kick kerana berlaku perlanggaran antara Kunalan dan Chen Po Liang.Taiwan mencari gol melalui free kick untuk mengubah situasi,permain Malaysia menghadapi tekanan ketika ini dan tendangan dilepaskan tetapi terkena benteng Malaysia.Selamat pintu gol Malaysia!Ternyata perang psikologi yang diberi oleh Taiwan dapat mengetarkan Malaysia dimana Taiwan menggatakan "permain-permain Taiwan terdiri daripada pelajar-pelajar Universiti dan bukan permain bolasepak professional".Ternyata persembahan permain-permain Taiwan tidak seperti permainan budak-budak ulat buku kini Malaysia terpedaya dengan psikologi yang diberi oleh Taiwan.Malaysia mula membuat hantaran jauh dari pertahan kepada Amirulhadi dan dibantu oleh Mahali bola dihantar kebelakang semula,kemudian Aidil passing kepada Safiq dan oH!Safiq ditolak!Safiq ditolak oleh Che Yuan.Satu free kick diberi kepada Malaysia ketika ini,tendangan terus dilepaskan dan OHH!!!GolllllllLllll!!!!!!!!minit ke-7:27 dijaringkan oleh permain nombor 7 Aidil Zafuan.Satu gol bertaraf World Class disaksikan di Taipei Municipal Stadium.Meski pun Malaysia kurang membuat serangan,dengan hanya sekali free kick Malaysia menjaringkan gol pendahulu perlawanan yang pasti AWAY GOAL!!Satu kelebihan untuk Malaysia dalam Agregat dan kedudukan semasa Malaysia 1 Taiwan 0.Taiwan terus membuat serangan melalui Xavier Chan untuk menghantar bola ke atas namun Malaysia terus mengatur gerak untuk menyerang semula.Bola dihantar kepada Norshahrul dan peluang terlepas begitu sahaja oleh Norshahrul kerana dihalang oleh permain Taiwan memberi tendangan sudut kepada Malaysia.Bola berjaya dicuri oleh Taiwan dan kemudian permain Taiwan jatuh kerana asakkan dari permain Malaysia,perlawanan dihentikan sebentar mungkin free kick untuk Taiwan.Dari free kick oleh Taiwan,Taiwan terus mengatur serangan hantaran demi hantaran dilakukan dan hantaran jauh diberikan kepada penyerang Taiwan.Peluang untuk Taiwan terus membuat tendangan dari luar kotak penalti namun terus diselamatkan oleh Sharbinee.Malaysia mula kedepan semula mahu membuat serangan,namun Kunalan dikepung dan bola dikeluarkan oleh permain Taiwan.Lontaran dalam diberikan kepada Malaysia,bola dibaling masuk dihantar kepada Norshahrul dan kembali kepada Asrarrudin namun bola pula keluar.Malaysia mula mengawal semula bola dari Safiq mencari Amirulhadi dan masih Amirulhadi membawa bola keatas tapi dikeluarkan pula oleh captain pasukan Taiwan.Lontara Dalam dihantar bola kepada baris pertahanan kemudian mula dibawa keatas untuk mengatur serangan dan terus dikawal pula oleh permain Taiwan menghantar pula kebahagian tengah.Bola dapat dikawal semula oleh Malaysia,terus dihantar kepada baris pertahanan untuk memperlahankan rentak permainan.Malaysia mula membuat serangan dengan cepat,Kunalan pula mengawal bola untuk menuju ke dalam kotak penalti Taiwan dan satu tendangan dari Kunalan ke pintu gol namun berjaya di tangkap penjaga gol Taiwan Lin Po Chen.Bola mula dikawal oleh Taiwan dibawa kedepan kemudian hantaran jauh dilakukan oleh Taiwan dan mencari seorang striker Taiwan yang sudah berada didalam kotak penalti Malaysia namun bola terlalu kedepan dan bola hanya dilambung oleh permain Taiwan dengan senang Sharbinee menangkap bola itu.Bola berada dalam kawalan Malaysia bola dibawa kedepan namun berlaku perlanggaran antara Kunalan dengan permain Taiwan,Kunalan dipersalahkan free kick diberi kepada Taiwan.Satu lorongan kemas diberikan kepada permain Taiwan Chen Po Liang untuk menyerang kubu pertahanan Malaysia tetapi dihantar kebelakang sedikit kepada rakannya dan Amirulhadi cuba untuk menghalang namun tidak berjaya.Hsien Tang berjaya lepas dari Amirulhadi dan terus shoot kepada penjaga gol Malaysia Sharbinee Alawee mudah menangkap.Satu hantaran jauh kedepan oleh Sharbinee cuba mencari Abdul Hadi namun tidak.Taiwan mula mengawal bola semula.Bola mula bergerak kedepan terus permain Taiwan melakukan serangan dengan x semena-mena pertahanan Malaysia tertekan semula dalam waktu yang singkat.Peluang kepada permain Taiwan dan tandukan dilakukan berjaya ditangkap oleh Sharbinee!Bola mula dibawa ketengah padang dan Taiwan sekali lagi mara kedepan.Xavier mula membuat hantaran jauh dari kanan padang untuk mencari permain Taiwan dan berlaku perlanggaran antara Aidil dan Chen Po Liang yang cuba merebut bola di depan kotak penalti.Aidil dipersalahkan Taiwan diberi free kick didepan kotak penalti dan itu merupakan peluang untuk mereka menjaringkan gol.Malaysia mengatur benteng untuk menghalang bola untuk membolosi pintu gol Malaysia dan Sharbinee mula fokus untuk memerhati kemana arah bola itu ditendang.3 permain Taiwan berada berhadapan dengan bola untuk ditendang,tendangan dilepaskan terkena benteng dan terus keluar dari padang.Tendangan sudut pertama untuk Taiwan dalam perlawanan ini,tendang sudut diambil oleh Lo Chen An dan tendang dilakukan terus kepada kotak penalti ditumbuk keluar bola itu oleh Sharbinee.Malaysia terus membawa bola kedepan dan terus mengatur serangan Amirulhadi terus membuat tendangan jauh untuk mencari Kunalan namun bola itu jauh sikit kedepan terus ditangkap oleh penjaga gol Taiwan.Taiwan mula mengawal bola semula,dihalang pula oleh pertahanan Malaysia bola melambung ke tengah padang.Perebutan berlaku ditengah antara Amar Rohidan bersama permain Taiwan,Taiwan mendapat bola terus mengawal bola dan terus cuba menyerang namun bola pula keluar dari padang.Tendangan gol untuk Sharbinee Alawee dilepaskan terus kepada barisan depan Skuad Malaysia,Malaysia mula mencari peluang untuk menyerang namun berjaya dipatahkan oleh pertahanan dan bola dikeluarkan oleh pertahanan Taiwan.Tendangan sudut untuk Malaysia,Safiq mengambil tendangan sudut ini dan terus ditendang ke dalam kawasan penalti namu dikeluarkan oleh pertahanan Taiwan.Malaysia ketika itu seolah-olah turun sementara momentum corak pertahanan mereka.Lontaran dalam diberikan kepada Taiwan,bola dilontar kedalam dan Taiwan terus mengasak namun bola dikeluarkan oleh pertahanan Malaysia tetapi bola masih dikawal oleh Taiwan cuba menghantar bola kedepan namun Asraruddin berjaya melakukan clearence.Taiwan mula merangka serangan tapi tidak berjaya dan bola sampai kepada Sharbinee.Malaysia cuba mengawal bola dan cuba membawa keatas.Kawalan bola cantik namun offside pula untuk Malaysia.Taiwan mula membuat hantaran jauh namun berjaya dikeluarkan oleh permain Malaysia dan memberi lontaran dalam kepada Taiwan.Namun bola pula dikeluarkan oleh permain Taiwan.Malaysia mula mengawal bola,pertahanan memberi bola kepada Sharbinee kemudian terus melakukan tendangan terus ke tengah padang dan Kunalan mendapat bola terus menghantar pada Norshahrul.Norshahrul mula menghantar kepada Abdul Hadi namun berjaya disekat pertahanan Taiwan.Namun Malaysia mengasak dan mendapat bola terus melakukan percubaan serangan tetapi berjaya ditangkap oleh penjaga gol Taiwan.Taiwan mula melakukan serang tetapi dapat dihalang oleh pertahanan Malaysia namun bola dikawal semula oleh Taiwan.Malaysia membuat lorongan dikejar oleh Kunalan namun dipatahkan oleh pertahanan Taiwan.Taiwan seperti biasa terus menyerang pertahanan Malaysia tanpa henti.Malaysia pula membuat serangan,Safiq menghantar bola kepada Amirulhadi dan terus bola ditendang oleh Amirulhadi kedalam kawasan penalti namun terkena permain Taiwan.Malaysia mula membawa semula bola keatas.Permain Malaysia jatuh namun pengadil meneruskan perlawanan.Taiwan terus mengawal bola,hantaran jauh dilakukan Taiwan namun bola berjaya diambil oleh permain Malaysia dan kawalan bola kembali kepada Malaysia.Bola dibawa keatas,Amirulhadi masih membawa bola mara ke tepi pintu gol dan terus menghantar bola kepada Norshahrul terus menendang sungguh sia-sia tendangan terlalu tinggi satu peluang yang disia-siakan.Taiwan mula mengatur langkah untuk menyerang Malaysia,bola terus dibawa kedepan dan permain Taiwan sudah pun membawa bola dalam kotak penalti berlaku pergelutan antara permain Malaysia dan permain Taiwan akhirnya bola dikeluarkan oleh Asraruddin.Memberi tendangan sudut kepada Taiwan,Malaysia mula mengatur permain-permain untuk mempertahan pintu gol dan tendangan sudut akan dilakukan oleh Chih En Lo.Tedangan sudut dilepaskan,tandukan oleh permain Taiwan terus terkena kepada Sharbinee namun bola tidak ditangkap dan seorang permain Taiwan menendang bola terkena pula kaki Fadhli kemudian bola terus ditendang oleh Chan Han ke udara dan Gol!Pada minit ke-32 menyamakan kedudukan Taiwan 1 Malaysia 1.Keadaan permain Malaysia agak cemas ketika ini,kalau boleh Malaysia perlu mencari lagi Gol untuk mengatasi Taiwan walaupun Malaysia sudah mendapat kelebihan Away Goal.Malaysia cuba untuk keatas namun Taiwan masih menggekang.Taiwan cuba untuk menyerang namun Fadhli berjaya membuat clearence.Malaysia mula membuat kawalan keatas bola,namun bola sentiasa dapat dicuri oleh Taiwan sehinggakan Taiwan membuat satu cubaan untuk menguji Sharbinee penjaga gol Malaysia akan tetapi bola yang ditendang menuju pintu gol itu terlalu tinggi.Setelah bola dibawa masuk semula,Taiwan sekali lagi ingin membuat serangan namun disalahkan kerana menjatuhkan Norshahrul dan memberi free kick kepada Malaysia.Malaysia mula membawa bola dari free kick,dibawa kepada Amar Rohidan beri kepada Mahali dan terus dihantar kedepan mencari Amirulhadi membuat larian cantik terus mara ke depan dan menghantar bola ketengah kotak penalti!Peluang untuk Malaysia namun bola melantul kebelakang pula,sekali lagi seorang permain Malaysia cuba untuk menendang tapi bola dikeluarkan oleh pertahanan Taiwan dari kotak penalti tetapi bola kembali semula kepada Malaysia membuat passing sesama sendri sebelum membuat hantaran kepada permain barisan depan Malaysia dan hantaran kedepan diberikan.Bola menemui Amirulhadi,bola dihantar kebelakang semula kerana ramai permain Taiwan berada dikawasan pertahanan dan Malaysia melakukan asakan sekarang ini melalui lorongan yang dilakukan oleh permain Malaysia kemudian Abdul Hadi ingin mengambil bola itu namun dijatuhkan oleh permain Taiwan!!Free Kick untuk Malaysia ketika ini satu peluang untuk menjaringkan gol.Benteng disediakan oleh permain Taiwan dihadapan pintu gol,Safiq Rahim berhampiran dengan bola dan Amar Rohidan juga berada di situ selain Norshahrul Idlan Talaha.Fokus untuk Malaysia tendangan dilepaskan oleh Safiq Rahim,Cantikkk!!!Golllllllllllllll!!!!!!Gol yang mempunyai class!!pada minit ke-40 oleh Kapten Skuad Malaysia Safiq Rahim!Malaysia mendahului 2-1.Taiwan mula mengasak baris pertahanan Malaysia pada 10 minit terakhir separuh Masa pertama,tenang Fadhli menghantar bola itu keluar dari kotak penalti Malaysia dan bola mendarat dikawasan pertahanan Taiwan.Taiwan mula mengatur serangan,Malaysia dapat merampas bola Amar menghantar kepada barisan pertahan Malaysia dan Mahali membawa bola tetapi hilang bola kerana dicuri oleh permain Taiwan.Satu hantaran oleh Taiwan,permain Taiwan sudah masuk ke kotak penalti terus membawa bola dan Mahali datang dari belakang kaki Mahali yang berpaut dengan kaki permain Taiwan menyebabkan permain Taiwan itu rebah.OH tidak!!!Satu penalti diberikan kepada Taiwan.Mahali Jasuli diberi kad kuning oleh pengadil dan sudah tentu hadiah penalti untuk Taiwan!Pintu Gol Malaysia terancam ketika ini,tugas berat dipikul oleh Sharbinee ketika ini dan bola sudah sedia untuk ditendang.Tendangan dilepaskan terkena sedikit tamparan dari Sharbinee namun bola terus meluru kedalam pintu gol!Gol!Minit ke - 44 oleh Chen Po Liang.Taiwan menyamakan kedudukan dengan Malaysia 2-2!Jelas Sharbinee beremosi kerana tidak berjaya menyelamatkan pintu gol Malaysia.Setelah gol itu,Taiwan semakin hebat mengasak pertahanan Malaysia di minit-minit akhir.Masa tambahan diberikan 2 minit,ketika itu Malaysia sudah membawa bola kedepan untuk melakukan serangan.Satu tampanan,bola lari dari kotak penalti dan Amar Rohidan meluru masuk terus menendang ke depan pintu gol!ohh....satu peluang keemasan namun tidak dapat disempurnakan dengan gol.Malaysia mula kedepan semula dengan hantaran kepada Kunalan,hantar kepada safiq kemudian hantaran kepada Amirulhadi pula tertanduk keluar bola itu.Wisel ditiup menandakan tamat separuh Masa pertama.

Kick Off separuh masa kedua,Taiwan menukar penjaga gol mereka iaitu Cheng Po diganti oleh Wei Sheng Hsin.Taiwan kelihatan membawa bola ke kawasan pertahanan mereka dan mahu mengatur strategi lagi untuk mendapat gol.LongBall dilakukan oleh Taiwan namun berjaya dihalang oleh pertahanan Malaysia.Malaysia membuat satu hantaran cantik namun tiada permain Malaysia yang ada di barisan pertahanan Taiwan menyebabkan pertahanan Taiwan mudah menghalang.Perebutan bola antara Taiwan dan Malaysia.Percubaan dari Taiwan namun berjaya ditepis oleh Sharbinee penjaga gol Malaysia.Free kick diberi kepada Malaysia mungkin kerana perlanggaran antara Sharbinee dan penyerang Taiwan tadi.Taiwan mula membuat serangan semula,bahaya hantaran permain Taiwan ke kotak penalti Malaysia berjaya di halang oleh pertahanan Malaysia!Berjaya dikeluarkan oleh Aidil namun hilang pula bola dari Aidil kemudian Fadhli Shas membantu terus membuat clearence.Pertahanan mendapat bola,kemudian permain Taiwan hilang bola dan dirampas oleh Amirulhadi disitu terus meluru ke kanan pintu gol satu peluang untuk Malaysia namun permain Taiwan berjaya menyekat Amirulhadi dari terus maju ke depan.Tendangan sudut untuk Malaysia,sambil itu permain Taiwan pula mengalami kecederaan mungkin sengaja menlengahkan perlawanan untuk memberi ruang kepada pertahanan Taiwan untuk mengatur permain didalam kotak penalti dan Chang Han dibawa keluar untuk rawatan.Tendangan sudut diambil oleh Safiq,tendangan dilepaskan namun terkena permain pertahanan Taiwan.Satu lagi tendangan sudut untuk Malaysia,Safiq Rahim menendang mencari permain Malaysia namun bola ditanduk oleh pertahanan Taiwan tapi Amar Rohidan dapat bola itu diberikan kepada Safiq kemudiannya menghantar bola itu kepada Amirulhadi yang sudah berada dalam kotak penalti dan peluang untuk Malaysia namun berjaya pula Taiwan mngeluarkan bola itu.One more tendangan sudut untuk Malaysia,Safiq Rahim melepaskan tendangan ditanduk pula oleh permain Taiwan kemudian Mahali menendang namun terlalu tinggi bola keluar dari padang dan goal kick untuk Taiwan.Goal kick dilakukan,Taiwan mula menyerang pertahanan Malaysia pula sekarang ini dan berjaya dirampas oleh Amar Rohidan bola dari Taiwan dengan kawalan cantik dihantar kepada Amirulhadi hantar pula kepada Safiq kemudian memberi kepada Kunalan yang berada jauh didepan.Kunalan menghantar kepada rakan dihadapan kotak penalti namun tendangan sia-sia dilakukan oleh Kapten Skuad Malaysia Safiq Rahim.Bola dibawa ketengah,Amirulhadi gagal mengawal bola dan memberi free kick kepada Taiwan.Tendangan terus dari free kick oleh permain Taiwan ke dalam kotak penalti Malaysia,tangkapan kemas dilakukan oleh Sharbinee Alawee penjaga gol Malaysia yang berasal dari Terengganu.Bola yang ditendang oleh Sharbinee ke kawasan padang terus menemui permain Malaysia tampanan cantik dari Amirulhadi kepada permain Taiwan kemudian Norshahrul pula membawa bola diberi kepada Abdul Hadi terus mencorak serangan untuk membolosi pasukan Taiwan.Bola ke tengah dan satu tampanan oleh kapten pasukan Taiwan terus memberi lontaran dalam untuk Malaysia.Cantk kawalan bola Mahali hantar kepada Norshahrul kemudian menghantar pula kebelakang menemui Safiq dan tendangan terus dari Safiq terus kepada penjaga gol Taiwan.Dari kesilapan Amar Rohidan,Taiwan membuat asakan terus kepada Malaysia kini pertahanan Malaysia perlu berjaga-jaga dan Cheng Po Liang menghantar kepada rakannya terus menendang kearah pintu gol namun cekap Sharbinee menangkap bola itu.Malaysia pula mengatur gerak kearah pertahanan Taiwan untuk melakukan serangan permain Malaysia menghantar ke tengah kotak penalti namun bola terlalu jauh kedepan menyukarkan Kunalan untuk mendapat bola itu.Kunalan mendapat bola diberi kepada Mahali membuat tendangan terus dari luar kotak penalti namun ditanduk oleh permain Taiwan.Malaysia masih lagi mengawal bola dan berada dalam kawasan pertahanan Taiwan,tendang lagi ketengah namun tidak berjaya diambil oleh permain Malaysia dikeluarkan pula bola itu oleh permain Taiwan ke tengah padang.Kunalan membawa bola tapi pengadil meniup wisel menyalahkan Kunalan kerana menjatuh permain Taiwan.Free kick kepada Taiwan,serangan yang gagal oleh Taiwan senang dihalang oleh pertahanan Malaysia.Xavier berjaya disekat bermula pergerakan cantik permain Malaysia disitu dan terus meluru ke depan Norshahrul hantar kepada Abdul Hadi.Abdul Hadi melepaskan sepakan peluang untuk Malaysia namun berjaya dihalang penjaga gol Taiwan tapi bola belum berada dalam genggaman penjaga gol peluang untuk Malaysia...kelam kabut pertahanan Taiwan namun berjaya clearence yang dilakukan oleh Taiwan menyelamatkan pintu gol mereka.Taiwan pula melakukan serangan balas sekarang ini,cantik hantaran permain Taiwan kemudian hantar kepada Chen Po Liang terus melakukan percubaan namun bola tersasar jauh keluar dari pintu gol Malaysia.Kemudian Taiwan mula mencuba untuk menyerang semula setelah goal kick dari Sharbinee Taiwan mendapat Free Kick pula,serangan terus permain Taiwan kepada penjaga gol Malaysia namun ditangkap oleh penjaga gol Malaysia.Bola dibawa ke tengah,permain Taiwan melakukan kesilapan sehingga permain Malaysia berjaya merampas bola terus membawa kedepan dan memberi hantaran namun tidak kesampaian kerana ada permain Taiwan yang sudah sedia berada di depan.Serangan yang mula dilakukan oleh Taiwan,membawa bola ke tepi padang dan terus kedepan dengan membuat hantaran kepada seorang lagi permain Taiwan yang berada ditengah padang kemudian menghantar semula kepada Chih An yang berada dalam kotak penalti Fadli Shas menghampiri dan permain Taiwan itu terjatuh didalam kotak penalti!Fadhli Shas bergitu emosi jelas kelihatan kesalahan oleh permain muda pertahanan Malaysia itu terus dilayangkan kad kuning dan menghadiahkan tendangan Penalti kedua kepada Taiwan.Rakan-rakan sepasukan menenangkan Fadhli Shas agar tidak terus beremosi.Tendangan penalti diberi kepada Taiwan,Chen Po Liang memberi fokus kepada bola untuk membuat tendangan penalti begitu juga Sharbinee bersedia untuk menjaga pintu gol.Cheng Po Liang menendang bola itu terkena kepada Sharbinee bola itu melambung dan terus ditangkap oleh Sharbinee!!What's a great save by Sharbinee Alawee!!Taiwan hampa.Kesalahan Fadhli Shas berjaya ditutup oleh Sharbinee.Malaysia mula menyerang,kawalan oleh Amar Rohidan kepada Safiq dan diberi kepada Amirulhadi dengan larian terus kepada pintu gol Taiwan berjaya lepas dari pertahanan Taiwan tendangan terus ohh!bola terus ditangkap oleh penjaga gol Taiwan.Taiwan mula membuat serangan balas,ruang terbuka luas untuk striker Taiwan menyerang ketika ini ketua pasukan Taiwan memberi hantaran tengah kepada permain Taiwan dan terus membuat tendang Ohh!!!Tangkapan cepat oleh Sharbinee.Norshahrul mendapat kad kuning?ape kesilapan yang dilakukannya?pelik???Permain diteruskan menyaksikan Xavier mula ke tengah untuk mencari rakannya,perebutan bola berlaku didepan kotak penalti Malaysia namun berjaya dikeluarkan namun dapat semula kepada Taiwan dihantaran kedepan hantar pula ketengah dalam kotak penalti tandukan bola keluar Kunalan pula membuat clearence dan tampanan yang tidak kemas oleh Norshahrul menyebabkan bola keluar padang.Pertukaran permain dilakukan S.Chanturu dibawa masuk manakala Amirulhadi dibawa keluar.Taiwan meneruskan serangan,satu hantaran tengah oleh permain Taiwan namun berjaya ditumbuk Sharbinee keluar bola dari situ dan Kunalan terus membawa bola keluar dari kawasan merbahaya terus diberikan kepada Abdul Hadi namun hantarannya pula disekat oleh permain Taiwan.Taiwan mula kedepan semula untuk menyerang Malaysia namun dapat dihalang oleh S.Chanturu terus membuat hantaran jauh dari kawasan bahaya.Free kick untuk Malaysia kerana kekasaran permain Taiwan kepada Norshahrul.Asakan Taiwan menerus kepada kawasan penalti namun tidak lepas dari pertahanan Malaysia.Bola pula melantul ke dalam kawasan penalti Malaysia seorang permain Taiwan mengejar bersama Fadhli Shas yang mengepung permain Taiwan sehingga bola dikeluarkan.Tendangan sudut diberikan kepada Taiwan,terus menolak bola itu kepada permain Taiwan yang berdekatan untuk membuat hantaran dikawasan penalti Malaysia semula kepada Chang Han terus membuat hantaran jauh menyebabkan bola melambung namun berjaya disambut oleh Sharbinee Alawee.Sharbinee mengalami kecederaan kerana perlanggaran dia dengan permain Taiwan ketika merebut bola di udara tadi.Sepakan oleh Sharbinee menghantar ketengah padang namun berlaku perlanggaran antara Amar Rohidan dengan permain Taiwan di kawasan tengah.Free kick untuk Malaysia ditendang mencari Kunalan namun Kunalan pula dipersalahkan keran permain Taiwan terjatuh.Free kick pula untuk Taiwan,perebutan bola terjadi di tengah padang sehingga bola keluar dari padang.Lontaran dalam untuk Malaysia,namun permain Taiwan pula pantas mengambil bola dari lontaran Asraruddin itu tadi.Xiavier mula masuk ke kawasan penalti setelah lepas dari beberapa permain Malaysia yang cuba menghalangnya,bola pula dihantar ketengah dibiarkan oleh Aidil diselamatkan pula oleh S.Chanturu diberi kepada pertahanan Malaysia kemudian bola diberi semula kepada S.Chanturu.Bola yang dihantar oleh Chanturu tidak menemui sesiapa permain Malaysia,bola dikawal semula oleh Taiwan dibawa kedepan pula diberikan pula kepada permain Taiwan yang baru diganti tadi tidak berjaya lepas dari pertahanan Malaysia.Bola masih terus dikawal oleh permain Taiwan satu hantaran terus ke pintu gol Malaysia dengan senang Sharbinee menyambut bola.Bola dibawa pula oleh Malaysia,Kunalan mula bermain sedikit jauh dari posisi biasanya kemudian membuat hantaran jauh ke depan cuba mencari Chanturu namun bola telah keluar dari padang.Hantaran jauh oleh Taiwan terus mencari permain Taiwan yang berada dibarisan pertahanan Malaysia terus membawa bola dihalang pula oleh Asraruddin dan satu lontaran dalam untuk Taiwan.Bola pula keluar oleh permain no.11 Taiwan.Goal kick untuk Malaysia dilepaskan oleh Sharbinee kemudian diambil pula oleh permain Taiwan terus membawa ke tengah,dan peluang untuk Chen Po Liang terus meluru kedalam kawasan penalti Sharbinee terus merebahkan diri untuk mengambil bola namun permain Taiwan itu telah terjatuh dan pengadil datang memberi kad kuning kepada Sharbinee walaupun tiada kelihatan Sharbinee cuba menarik permain Taiwan itu tapi pengadil tetap dengan keputusannya dengan memberi penalti kepada Taiwan!Dari situ kelihatan kualiti pengadil perlawanan tidak bergitu baik.Sharbinee berdepan dengan sebuah situasi cemas lagi sekali didalam penalti ketiga Taiwan.Peluang untuk Taiwan sekali lagi untuk mendapat gol,Xavier Chan mengambil tendangan penalti bersedia kemudian tendangan dilepaskan ke kiri pintu gol Sharbinee sudah ke kiri namun bola terlalu tinggi dan gol!!Taiwan berada di depan ketika ini 3-2.Malaysia cuba kedepan namun perlanggaran antara S.Chanturu dengan permain Taiwan.Bola dihantar jauh ke kawasan pertahanan Taiwan namun keluar dari padang.Lontaran dalam untuk Malaysia kerana bola keluar,perebutan bola terjadi antara permain Malaysia dan Taiwan.Malaysia mendapat free kick,ditendang dan bola keluar semula oleh permain Taiwan.Pertukaran permain,Fadhli dibawa keluar Muslim dibawa masuk manakala Ahmad Fakri pula dibawa masuk untuk mengantikan Abdul Hadi Yahya.Lontaran dalam dilakukan oleh Malaysia,kawalan bola oleh Malaysia dan Norshahrul dijatuhkan oleh permain Taiwan.Free kick untuk Malaysia,tendangan dilepaskan kemudian ditanduk oleh Fakri namun tandukannya terlalu tinggi sayang sekali.Bola masih berada bersama Malaysia dihantar kepada Chanturu namun diasak oleh permain Taiwan dan bola akhirnya terpaksa dikeluarkan oleh Malaysia untuk menyekat kemaraan Taiwan ke kawasan pertahanan serta memberi lontaran dalam untuk Taiwan dikawasan bahaya.Lontaran dalam dilakukan,bola menemui permain Taiwan memberi kepada rakannya yang berada diluar kotak penalti kemudian menghantar terus kedepan pintu gol Malaysia ditanduk pula ole seorang lagi permain Taiwan dihadapan pintu gol dan bola diselamatkan oleh Sharbine Alawee.Sharbinee menendang,bola ditendang pula oleh permain Taiwan kemudian Muslim menanduk Xavier pula mengejar bola dikepung oleh Asraruddin dan Assraruddin rebah Xavier terus kedepan sementara Kunalan pula mengejar dari belakang.Xavier lepas dari Kunalan!Xavier memberi pula bola itu kepada Chang Han dan dihantar kepada seorang lagi permain Taiwan yang betul-betul berada dihadapan pintu gol terus menanduk bola SELAMAT!!Sharbinee menangkap bola itu!!Sharbinee menendang bola kemudian Malaysia pula melakukan serangan kepada Taiwan sehingga peluang hampir sahaja disempurnakan oleh permain Malaysia namun ditangkap oleh penjaga gol Taiwan.Asraruddin mendapat bola dan menhantar kepada ohh...terkena permain Taiwan.Taiwan mula mengawal bola dan permain Taiwan pula dijatuhkan oleh Chanturu.Jelas kesalahan Chanturu menyebabkan Taiwan mendapat free kick.Free kick dilakukan,hantar kepada permain Taiwan dan tendangan terus kepada pintu gol Malaysia Sekali lagi diselamatkan oleh Sharbinee.Malaysia hanya mampu bertahan dari asakan Taiwan setakat ini.Minit-minit akhir perlawanan,corak permainan Taiwan semakin rancak untuk mencari gol kemenangan kerana 3gol belum cukup untuk mereka layak ke pusingan ke-2 Pra Kelayakan Piala Dunia.Taiwan pula membuat pertukaran permain,permain no.9 dikeluarkan Chih An diganti dengan no.22 Wu Pai Ho.Kad kuning diberikan kepada permain no.6 Chen Yu Lin kapten pasukan Taiwan kerana berpura-pura menjatuhkan diri.Safiq melakukan free kick,Chanturu pula membawa bola namun tidak lepas dari pertahanan Taiwan.Malaysia diberi lontaran dalam,bola dihantar kepada Norshahrul,masih dikawal oleh Norshahrul dan akhirnya Norshahrul dijatuhkan oleh permain Taiwan.Free kick diberi kepada permain Malaysia,free kick diambil oleh Safiq Rahim bola ditendang namun bola dikeluarkan oleh pertahanan Taiwan.Taiwan mendapat bola kemudian Chanturu menghampiri hendak merampas bola dari permain Taiwan Chanturu pula dijatuhkan.Free kick untuk Malaysia,Norshahrul mengawal bola mengelecek permain Taiwan dan menghantar bola kepada permain Malaysia yang ada dihadapan pintu gol Chanturu cuba menanduk namun tandukan bolanya tersasar keluar.Taiwan pula menguasai bola terus kedepan dengan hantaran antara permain Taiwan dihantar terus kepada permain Taiwan berdekatan dengan pintu gol terus menanduk namun bola tersasar keluar.Meski pun gagal,sekali lagi Taiwan mengatur gerak mereka namun dapat dihalan oleh Kunalan bola menuluru kedepan Fakri mendapat bola dan Malaysia mula melaku serangan.Larian solo Fakri Saarani,Fakri masuk kedalam kotak penalti kemudian permain Taiwan menjatuhkan Fakri!!Penalti!!oh...tidak!!!Pengadil meneruskan perlawanan???Taiwan selamat kerana pengadil tidak memberi penalti kepada Malaysia???ohh....tidak!Permainan diteruskan,bola dibawa kedepan namun Xavier pula disalahkan kerana menolak Kunalan,free kick dilepaskan terus kedepan pertahanan Taiwan.Amar Rohidan mencari ruang kemudian menghantar kedepan lepas dari pertahanan Taiwan Kunalan masih mengejar bola beberapa permain Malaysia menanti ditengah kotak penalti.Kunalan menghantar kebelakang kemudia serangan diatur dan tendangan lemah dilakukan permain Malaysia bola senang ditangkap oleh penjaga gol Taiwan.Wisel pula dibunyikan untuk atas kesalahan Chen Po Liang.Tendangan Muslim terkena pula kepada permain Taiwan kemudian Taiwan mula mengasak namun tidak sampai ke kotak penalti kerana bola dibiarkan sahaja untuk Sharbinee.Sharbinee terus menendang jauh,tampanan oleh permain Taiwan dan bola dikawal baik oleh permain Taiwan.Dihalang pula oleh Malaysia,bola kembali semula kepada Taiwan namun berjaya dicuri oleh Safiq terus berlari akhirnya dijatuhkan oleh permain Taiwan dari belakang.Free Kick diberikan kepada Malaysia dan telah masuk 4 mnit masa tambahan.Bola dihantar kepada Chanturun,mula mengatur gerak namun Chanturu pula disalahkan!Sedikit sentuh sahaja permain Taiwan sudah mendapat advantage dari pengadil?hmm...free kick untuk Taiwan.Free kick dilepaskan oleh Taiwan namun bola terlalu jauh ke kawasan pertahanan.Bola pula melambung terus ditendang oleh permain Taiwan terus kepada pintu gol.Namun berjaya ditangkap oleh Sharbinee.Lontaran bola diberi kepada Malaysia ketika bola dikeluarkan oleh permain Taiwan.Lontaran dari permain Malaysia mencari Norshahrul,Norshahrul terus maju kedepan pertahanan Taiwan tidak dapat menghalang maju terus Norshahrul terus memasuki kotak penalti dan tendangan!OH!!Sia-sia sahaja tendangan kerana terkena tiang gol!Satu peluang yang dilepaskan oleh Malaysia.Sekali Taiwan menyerang namun berjaya dihalang oleh Malaysia.Lontaran dalam untuk Taiwan,permain Taiwan cuba membuat tendangan dari jauh menuju pintu gol namun kemas ditangkap oleh Sharbinee penjaga gol Malaysia.Taiwan cuba menghantar bola kedalam kawasan gol,Xavier mengawal bola membuat hantaran jauh namun permain Taiwan dipersalahkan dan memberi free kick kepada permain Malaysia.Jam ditangan pengadil mula dilihat oleh pengadil.Akhirnya tiupan wisel oleh pengadil menandakan masa tamat!Taiwan 3,Malaysia 2!Dengan agregat 4-4 kelebihan kepada Malaysia kerana mendapat Away Goal.

Ini merupakan kekalahan pertama Malaysia selepas perlawanan AFF Suzuki Cup 2010.Mengenai perlawanan leg kedua antara Taiwan dan Malaysia,ramai juga yang perasan kualiti pengadil pertandingan kurang bagus dimana pengadil memberi 3 penalti dalam 1 perlawanan!2 penalti jelas kelihatan dari kesalahan permain Malaysia namun 1 penalti boleh dipertikaikan kerana tiada tanda-tanda kekasaran dilakukan oleh permain Malaysia.Apabila Fakri Saarani dijatuhkan didalam kotak penalti Taiwan,Malaysia tidak diberi tendangan penalti!ULANG TAYANG FAKRI SAARANI DIJATUHKAN OLEH PERMAIN TAIWAN PUN TIDAK DISIARKAN!Jelas sekali pengadil Minh Tri VO dari Vietnam iaitu pengadil yang sama ketika Malaysia kalah 5-1 kepada Indonesia di AFF CUP 2010 lepas.Apakah disebalik semua ini?Entahlah.Apa yang menarik dalam perlawanan ini Malaysia menghasilkan 2 gol bertaraf World Class.Malah gol Aidil tersenarai dalam 10 gol terbaik dunia minggu ini disebuah laman web.Yang pasti Malaysia mara ke pusingan seterusnya bertemu dengan Singapura pada 23 Julai dan 28 Julai.

GOL dan Penalti di dalam perlawanan Leg-kedua Taiwan vs Malaysia(SILA STOP MUSIC PLAYER DI SEBELAH KANAN BLOG)


Gol bertaraf World Class dijaringkan oleh Aidil Zafuan.Gol ini tersenarai dalam 10 Gol terbaik dunia untuk minggu ini di sebuah laman web.


Gol peynamaan oleh Chang Han.


Gol berkualiti oleh Safiq Rahim Kapten Skuad Malaysia.


Gol penalti oleh Chen Po Liang.


Sharbinee menyelamatkan pintu gol Malaysia daripada tendangan Penalti oleh Taiwan.


Penalti ketiga Taiwan.GOl dijaringkan oleh Xavier Chan


Penalti Malaysia dinafikan oleh pengadil.Tiada ulang tayang untuk kejadian ini jelas sekali menutup kesilapan pengadil.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

no copy