
Sememangnya pertarungan epik diantara 2 pasukan pantai timur semalam di Stadium Nasional Bukit Jalil.85 000 penyokong hadir di Stadium Nasional itu.Perlawanan dimula dalam jam 8.45mlm pada separuh masa pertama kedua pasukan menemui jalan buntu tiada gol dijaringkan.Kad kuning yang banyak tapi golnye takde,tapi memang menunjukkan perlawanan yang sengit malah Kelantan banyak melakukan perlanggaran dengan permain Terengganu menyebabkan corak perlawanan pasukan Terengganu agak kurang baik.Tetapi pertahanan pasukan Terengganu telah memperbaiki kelemahan mereka ketika itu banyak percubaan-percubaan dihalang.Penjaga Gol Kelantan Khairul Fahmi turut diuji dengan percubaan serangan dari Terengganu dalam separuh masa pertama,namun pertahanan Kelantan begitu kebal menyukarkan Manaf,Ashaari maupun Abdul Hadi melakukan serangan yang kemas.Terengganu dan Kelantan masih belum menjaringkan gol walaupun habis separuh masa pertama.
Separuh masa kedua bermula permainan semakin rancak.Masing-masing membuat serangan bait Terengganu mahu pun Kelantan.Kelantan lebih menyerlah pada separuh masa kedua,kekebalan pertahanan Terengganu diuji termasuk penjaga gol Terengganu Sharbinee Allawee.S.Chanturu,Norshahrul Idlan dan Nurul Azwan Roya antara permain Kelantan yang sering mencuba untuk kehadapan serta membuat pertahanan Terengganu tertekan.Namun akibat perangai penonton yang agak membahayakan permain sehingga membaling bunga api ke arah pintu gol Terengganu menyebabkan perlawanan dihentikan seketika.Pressure turut dirasakan oleh kedua pasukan apabila 1 demi 1 percubaan yang cuba membolosi pintu gol pasukan masing-masing.Akhirnya Nurul Azwan Roya permain Kelantan berjaya menjaringkan gol diminit ke 79 berjaya menewaskan Sharbinee penjaga gol Terengganu.Semakin hilang bayangan Piala FA dlm pasukan Terengganu.Kerana gol itu,Terengganu mula bangkit dan tidak berputus asa.Terengganu terus mengasak pada minit-minit akhir seolah-olah bola tidak boleh lepas pun dari kaki.Ternyata usaha pasukan Hitam Putih itu tidak sia-sia apabila Abdul Manaf membuat percubaan berani ke pintu gol Kelantan terus dihalang Khairul Fahmi namun bola masih diudara terlepas dari Khairul Fahmi dan Daudsu permain Kelantan yang datang ke pintu gol terus menanduk masuk bola yang masih diudara terus masuk ke pintu gol Kelantan sendiri pada minit ke 98.Merupakan mimpi ngeri bagi Daudsu membuat own goal disaat akhir perlawanan.Keadaan menjadi gamat apabila Terengganu mempunyai harapan untuk menjulang Piala FA untuk kali kedua.Kelantan mula gelisah apabila gol terikat 1 sama dan bayangan Piala FA kembali lagi diminda pasukan Terengganu.Perlawanan diteruskan ke masa tambahan kebanyakan permain sudah kepenatan banyak berlaku cramps otot kepada permain.Di masa tambahan yang ada itu Terengganu mula menghuru-harakan pertahanan Kelantan corak permainan Terengganu terus berubah memberi pressure kepada Kelantan.Serangan Terengganu membuahkan hasil apabila Terengganu diberi tendangan sudut,Ashaari Shamsuddin membuat sepakan sudut mencari Reeshafiq Alwi menanduk bola terus kepada Ahmad Nordin Alias kemudian Nordin menendang terus ke pintu gol pada minit ke 109!!Khairul Fahmi hanya mampu memerhati bola itu masuk ke pintu gol ketika itu.Punah harapan Kelantan untuk menjulang Piala FA buat kali pertama dalam sejarah.Keadaan terus gamat dengan keriuhan penyokong Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil.Keadaan berterusan Terengganu terus mengasak Kelantan namun dapat dihalang dan Kelantan mula membuat serangan apabila hanya minit sahaja menentukan siapa Juara Piala FA.Kelantan dalam keadaan tertekan dan terus membuat serangan namun berjaya dihalang oleh pertahanan dan penjaga gol Sharbinee dapat menebus balik kesilapan yang dilakukannya minggu lepas ketika berlawan dengan Kelantan serta menyebabkan Terengganu kalah dikandang sendiri.2-1 berterusan sehingga tamat perlawanan dan siapa Juara Piala FA telah terjawab.
Terengganu tebus maruah kalah dikandang sendiri minggu lepas,kini dapat membalas dendam dengan menumbangkan Kelantan 2-1.Bukan hanya berjaya membalas dendam,malah berjaya menjulang Piala FA buat kali ke-2 selepas tahun 2000.Tahniah kepada Terengganu kerana menunjukkan sikap tidak berputus asa,begitu juga dengan pasukan Kelantan berjaya membuat perlawanan yang menarik.
Juara Piala FA 2011 : Terengganu FA
Permain Terbaik : Mohd Marzuki Yusof.
Gol Perlawan Terengganu FA vs Kelantan FA
Gol oleh Nurul Azwan Roya pada minit ke 79.
Own goal yang dijaringkan oleh Daudsu pada minit ke 98.
Gol oleh Ahmad Nordin Alias pada minit 109
Rumusan Perlawanan.
so interesting...but lau xsilap sy thn lpas kelantan mng piala fA???so npe kli pertama lak???hahaaa...
ReplyDeleteehh...xde la...tahun lepas Negeri Sembilan yang menang...
ReplyDeletewooo alid....cam pengulas berita pulak yer....
ReplyDeletehebat2...
ehhh?xde la k.noy...alid maen tulis jer..hahaha..semangat sangat tgok match semalam...hahaha...
ReplyDeletesedih kelantan kalah T_T huuuu~
ReplyDeletehahahaa...xde rezeki ape bole wat...huhu..tp semlm kelantan menang lawan perak!
ReplyDelete